Wednesday, 13 June 2012

Ikan Terubok Sarawak- Paling Sedap dan Hebat Sajiannya...







Ikan Terubok merupakan sejenis ikan yang boleh didapati di Laut China Selatan yang merangkumi Sarawak, Sabah dan Thailand. Ikan ini popular dikalangan masyarakat di Sarawak sebagai makanan yang mempunyai rasa dan keaslian sajiannya yang jarang ditemui di bahagian lain di Malaysia. Ikan Terubok  enak dimakan bersama terlurnya yang pasti membuka selera sesiapa sahaja yang mejamunya. Namun, Ikan Terubok ini mempunyai musim tertentu untuk mendapatkan secara segar dan hanya beberapa bulan sahaja didapati di laut.

Paling popular di Sarawak, Ikan Terubok dibuat secara komersial sebagai Ikan Terubok Masin yang mendapat sambutan hangat di serata Sarawak. Ikan Terubok Masin mempunyai aroma dan keaslian rasanya terserlah dengan pelbagai cara masakan iaitu goreng, masak lemak cili api, kukus,rebus dan sebaginya. 



Di Sarawak khasnya, Ikan Terubok Masin boleh didapati di Kuching yang merangkumi kawasan Pasar Basah Satok. Ikan Terubok Masin disini merupakan Ikan Terubok Masin yang paling sedap dan menjadi pilihan para pengemar ikan masin diseluruh Malaysia. Mereka memperolehi bekalan ikan ini dengan harga yang bepatutan berpandukan saiz dan kuantiti yang hendak dibeli.